About me

"...내가 미숙을 중지 숙성 사람을 필요로하지 않는다 .. 내가 필요가 타고 할 수있는 사람이며, 성숙한 나를 이해... 무스타파 n mE"

Sunday, 19 September 2010

liNkiN pArk - a th0usanD sunS







Linkin Park‘s newly announced album, ‘A Thousand Suns’, has just had its complete tracklist annouced!

Below is the complete tracklist:


  1. The Requiem
  2. The Radiance
  3. Burning In The Skies
  4. Empty Spaces
  5. When They Come For Me
  6. Robot Boy
  7. Jornada Del Muerto
  8. Waiting For The End
  9. Blackout
  10. Wretches & Kings
  11. Wisdom, Justice, And Love
  12. Iridescent
  13. Fallout
  14. The Catalyst
  15. The Messenger
So, what do you think about Linkin Park’s new album? How do you like the album cover art?

Wednesday, 15 September 2010

شلآمت هاري راي عيدالفطري

dah lm x update blog nih...maklumla, sibuk sambut hari raya...hehe... rasenye xterlambat untuk ucapkan شلآمت هاري راي عيدالفطري kpd semua muslimin n muslimat seantero dunia... 



Wednesday, 8 September 2010

bAck t0 n0rmaL

Alhamdulillah, semuanya kembali seperti sedia kala...tuhan hanya ingin menduga hambanya...hehe... kecut gak siot, mn la tau...berpanjangan....fuhhhh...lega...hope u will always happy with me...sometimes, mmg la ade sikit salah faham..maklumla, masih lg dlm proses mengenali hati budi masng2... i hope..really2 hope, kite leh same2 mengharungi liku2 yg mendatang...hingga hujung nyawa... coz i really love u... 






Deras kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Ada lara
Teristimewa dalam jiwa
Tak mampu melangkah
Saat tersedar yang pasti diri tak nyata

Tanpa kusedari
Terasa diri menyendiri
Tanpa kata
Berbicara dalam jiwa
Tak mampu melangkah
Saat tersedar yang pasti diri tak nyata

Terbang jauh mencari
Biru langit yang tercipta
Demi anganmu

Tetap langkah kakiku
Deras berlari mengejarmu
Demi anganku

Kau kota janjimu dulu
Biar bersama selamanya
Kupinta hanya darimu
Cintailah aku Seadanya

Sunday, 5 September 2010

mEmbaWa diRi

Pagi tadi cuaca agak mendung, hujan renyai2, memang sesuai lah kalau nak tido balik lepas subuh, memng itu dh jd kebiasaan pn pd aku..haha...tapi entah kenapa rase nak kuar lak pagi2 tu...nak hirup udara segar kat luar...di tepi tasik...mcm best je..aku lebih suke kuar sorang2 membawa diri mencari ketenangan... membawa hati yang luke..cheewahh...xde maknenyer...saje mencari kedamaian dalam hati...

mengenangkan ade insan yang sedang terluke, tp entah ape yg ade di dlm hati die pn aku xtau... mcm besar sgt je problem tu... mngkin aku jenis yg xambik kesah sgt...aku bukn insan yang reti buat2 romantis, aku jenis yg spontan je, just be me...kalau die xbgtau, aku akn tunggu smpai die rase nk bgtau, kalau xnak terpulanglah,kann... mngknkah aku akan serik kali ini kalau hubungan aku terputus lagi buat kali keduanye??? mungkinkah ade lagi rase cinta itu dlm hati ku pabila semuanya musnah??? hanya Allah yang lebih mengetahui...

aku memang bukan insan yang kaya, pendidikan pn xberapa bagus, lagi2 keje yg aku buat pn cukup2 makan, so aku faham akan situasi aku yang serba kekurangan... dan aku gak faham kalau aku ditinggalkan... apepun aku xkan berputus asa dengn kehidupan yg aku lalui...aku yakin dugaan dan rintangan yang aku lalui ada hikmah disebaliknya...

buKe p0sE denGan aDik2

mase cuti last week, sempat gak lah g shopping kat teluk intan... adik beli seluar jeans, songkok n t-shirt raye...aku tolong bawak diorang je...pastu boke pose kitorang singgah kt kfc, kononnye nak rase shrimp hot n spicy tu...agak menegecewakn la, dahla kecik 3 ketul je...mcm xberbaloi je...huhu...

buKe p0sE dengAn mEmbeR2 laMe

walaupun aku orang trakhir yang diberitahu pasal majlis iftar nih, aku x kecik ati pun, at least diorng mash ingat lg kt aku...ni yang buat aku sayang kt korang semua...haha... seperti tahun2 lepas gak, tempat favorite BBB kene serbu...disebbkan aku blk keje plg awal, aku la yg kene cari tmpt n booking dgn kak ude...memang best melantak tak ingat....sempat gak posing..hehe... tapi gambr nazri n kwn die xsempt lak nk amek, cepat sgt diorng balik...soryla ek...

Monday, 30 August 2010

eppY indEpenDenT's daY

SeLamaT haRi MerdEka ke-53 kePadA sEmua waRga MalaYsiA taK kiRa dI maNa juA anDa beRaDa...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

1Malaysia Menjana Transformasi

>> sedut l0g0, lirik dan lagu 1Malaysia
>> website merdeka
>> vide02 lagu tema kemerdekaan

gEntiN9 'n mEm0riEs


Friday, 20 August 2010

viSit' By Dat0'

Terima Kasih Kepada YB Dato' Warno Dogol ADUN Sabak Bernam yg telah sudi melawat abah beberapa minggu yg lepas (1st Aug)..terima kasih kerana perihatin...

  

Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada abah..Aminn.. Walaupun kini abah sudah agak kuat untuk berjalan tanpa tongkat..harap2 seterusnya pun akan pulih seperti sedia kala..Semoga selera mkn abah kembali setelah hampir 3 bulan tak blh mkn apa2 langsung, hanya susu sahaja yg disalurkan melalui tiub...

Thursday, 19 August 2010

aMaLan d BulaN raMadhaN

4.00 pagi
Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan". 
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
Solat Sunat Taubat
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah  tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat  kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh
Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg  memberi  kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg
Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud  syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima  kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat
menyembahNYA.

5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.
Ingatlah sabda  Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar  dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, bacalah doa dan berbuka :
"Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib  berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya  baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang  lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat :
"Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana  ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

cHaraCteR buLan oG0s

suka berlawak sangat cemburu
mudah tertawan kepadanya
daya pemerhatian yang tajam dan teliti
sopan santun dan caring terhadap orang lain
cepat berfikir
berani dan tidak tahu takut
fikiran yang berdikari
orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
suka memimpin dan dipimpin
pandai pujuk orang lain sifat suka berangan
terlalu pemurah dan bersikap ego
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
nilai harga diri yang sangat tinggi
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
dahagakan pujian
cepat ditimpa penyakit
semangat juang yang luar biasa
belajar untuk relax
cepat marah dan mudah mengamuk
sangat kelam kabut
mudah marah apabila cakapnya dilawan
suka mencari kawan

toDaY evEnt

of course...MY BIRTHDAY!!! tq all my friends 4 ur wish... :)


Wednesday, 18 August 2010

toDaY is My b'DaY :)

what will happen today? who knows...

Tuesday, 17 August 2010

pEngAlamaN Last wEek

last week, dapat gak aku berbuka puasa dan sahur bersama mak, abah dan adik beradik lain kt kg...
malangnye, petang jumaat tu, terpaksela aku buke pose sorang2 dlm kete, ingatkn ley sempat sampai umah, tapi disebabkan jammed gile2 n ujan lebat...perjalann xbegitu lancar... bayangkan bertolak pukul 5.30pm n sampai pkl 10.00pm..memang masak la dlm kete...huhu...apepun, alhamdulillah, sampai gak ke destinasi...

xtvt pagi tu xde pe sgt la, g pasar pagi jap, pastu shopping beli baju raya..petang tu ingatkn nk g buke pose kt kfc, tp xjadi la, coz sbb nk blk kg pn nk mkn mskn mak...dh lm mkn nasi bujang je...haha..mlm tu menu mee jawa, kuih-muih, air sampai 3 jenis...pastu, nasi lauk ayam goreng...
hari ahad, lagi best xtvt membute je...haha...tp sempat gak la layan cite japan hana kimi n attention plz..dh xde xtvt...

ptg ahad tu, brlaku kejadian yg agak gempak gak la, mn x gempak, ular senduk cube memecah masuk rumah kitorng, tapi hero malaya sudah mai, xusah gentar la, adik aku yg bongsu berjaya menumpaskan ular durjana itu...abes kepala dicantas..baru puas ati..hahaha...

mlm tu pas buke, aku pn bertolak balik ke kajang ngan adik aku, tapi diorang kt bandar sunway je...agak jammed gak la mlm tu, sib baik ujan rintik2 je...
kejap sgt rasenye blk kg...bile la nk blk lg ni....??

Friday, 13 August 2010

juZ waRm-uP

Tanggal 13th August 2010M bersamaan 3th Ramadhan 1431H, bermulalah perjalanan pena tanpa dakwat dalam dunia siber yang penuh dengan ilusi dan alam maya...

Sebelum itu diucapkan 'Salam Ramadhan Al-Mubarak' buat semua insan Muslim xkira di mana anda berada.. semoga kehadirannya dihargai dan dimanfaatkan dengan sebaik2nye, kerna kehadirannya hanye seketika jua, pemergiannya tetap akan berlalu dan akan biar berlalu bagi insan yang lalai...

Bukan tujuan untuk berceramah, jauh lagi nak bagi motivasi, just nak sharing dengan kawan2, coz sharing is caring, right? Sebagai pengenalan dan masih baru, terimalah lagu daripada my favorite singer...Linkin Park..

adVErt